Bismillahirahmannirahhim...
Sememangnya ilmu pengetahuan yang tinggi,kemahiran mengaplikasikan kamera serta mempunyai daya kreativiti amat penting dalam usaha untuk menjadi seorang jurufoto yang berjaya menghasilkan gambar-gambar menarik dan berkesan.
Segalanya bermula dari bawah: )
: ) Latihan itu penting bagi menjadikan diri lebih mahir dalam seni fotografi
Di sini saya akan kongsikan beberapa video-video menarik yang mengandungi tips mengenai fotografi : )
1 ) Cara hendak memegang kamera digital dengan cara yang betul
Video ini dapat membantu dalam jurufoto cara memegang kamera dengan betul dan selesa .Sangat membantu!!!
2 ) Kesilapan yang perlu di elakkan sebagai seorang jurufoto
Video menerangkan kesilapan yang sering dilakukan oleh jurufoto amateur dan turut memaparkan cara pengambilan gambar yang betul dari segi posisi model dan penggunaan cahaya dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam kamera digital
3) Cara menghasilkan gambar menarik dan unik
Erik Johanson menerangkan dalam video ini teknik dalam menghasilkan gambar yang unik dan kelihatan mustahil bagi akal manusia.Erik Johanson merupakan salah seorang jurufoto yang dikenali dengan daya kreativitinya yang unik dalam menghasilkan sesuatu gambar.Sememangnya video ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil bagi menghasilkan sesuatu gambar yang di luar akal fikiran kita.Ini menguji kemampuan kita berfikir dalam menghasilkan gambar yang sangat unik tetapi menarik
4 ) Teknik untuk mengambil gambar yang menarik dengan betul
Video ini memaparkan beberapa langkah dalam mengambil gambar supaya gambar yang di hasilkan kelihatan menarik dan bermutu.Video ini benar-benar membantu para jurufoto di luar sana kerana penerangannya yang mudah difahami serta jelas
5)" Bacis shots types"
Video ini memaparkan beberapa jenis "basic shots" dan amat mudah difahami kerana penerangannya yang ringkas dengan hanya menggunakan elemen drama.
6 ) Cara mengambil imej objek yang bergerak
Sememangnya video ini sangat menarik dan lengkap dengan teknik-teknik dari segi mode kamera,kelajuan "shutter",posisi imej dan lain-lain lagi dalam menghasilkan imej dari objek yang bergerak dengan kemas dan jelas.
7 ) Penggunaan sudut dan lensa
Video ini menunjukkan jenis-jenis sudut dan lensa yang sesuai di gunakan semasa mengambil sesuatu imej
8) Cara mengambil gambar menggunakan "wide angle"
Video ini memparkan salah satu cara yang dapat digunakan oleh jurufoto untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan sudut yang luas atau lebar(wide angle)
9) Tips mengambil gambar pada waktu malam
Video ini menerangkan cara penggunaan kamera digital (DSLR digital camera) serta memanfaatkan aplikasi didalamnya untuk menghasilkan gambar suasana pada waktu malam yang cantik dan kelihatan jelas serta terang walaupun pada waktu malam
10) Etika jurufoto
Video ini bermatlamat untuk menerangkan kepada penontonnya(jurufoto) perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh insan yang bergelar "Jurufoto".Sememangnya pesanan yang disampaikan sangat penting
Segala video ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Semoga segala tips yang di kongsikan melalui video- video di atas dapat sedikit sebanyak membantu dalam menjadi seorang jurufoto. :)
No comments:
Post a Comment